..

bismillah..

Tuesday, July 17, 2012

pemberian istimewa

بسم الله الرحمن الرحيم

semasa hari2 terakhirku di USIM sebelum bermulanya cuti sem, ibuku sebuk memintaku untuk bawa balik motor ke kampung.. aku fikir ibu sengaja tidak mahu motorku ditinggalkan di rumah sewa tanpa jagaan selama 2 bulan cuti. sooo aku bawak jela motor dari Nilai ke kampungku yang terletak di Belahan Tmpok, Rengit bertemankan seorang kawanku.


perjalananku yang jauh menunggang motosikal amat memenatkan. pejalanan mengambil masa selama 5 jam.
kesian kawanku terpaksa menungguku yang menunggang motor honda wave 100. motorku tidak mampu bergerak lebih laju dan terpaksa berhenti rehat beberapa kali untuk menjaga enjennya. selepas penantian dan semangat yang kental untuk berjumpa family akhirnya aku tiba juga di kampung halamanku yang tercinta.


ceritaku tidak berakhir di situ. aku disambut gembira oleh ibu tersayang apabila sampai di rumah lantas menghilangkan penat perjalananku apabila mendapat pelukan erat daripada ibu. ibu telah siap memasakkan aku masakan istimewa. ibu memang memahami perutku yang terlalu rindukan masakannya setelah lama tidak pulang ke kampung.



selang beberapa hari, ibu mengajak ku menemaninya ke Batu Pahat kerana urusan tertentu. aku mendengar nasihat-nasihat ibu semasa di dalam kereta sehingga terkeluar dari mulut ibu satu kata-kata yang membuatku tiba-tiba tercengang. huhu nak tau ibu cakap apa? nantila dulu =p


balik dari Batu Pahat, kami singgah di kedai motor. hehe mesti korang dah dapat agak kan apa ibu cakap tadi? iyee betulla tu agakan korang. ibu nak belikan moto baru kat aku. huhu Alhamdulillah. baiknya hati ibu.
tapi kami tak beli motor di situ. tak ada motor yang aku minat kat kedai tu.hee (memilih la pulakkn)



keesokan harinya, kami pergi ke benut untuk tujuan yang sama. nasib menyebelahi aku. walau motor yang aku cari tiada tetapi aku terpandang motor yang lebih menarik perhatianku..hoho
aku bersetuju untuk memiliki motor tuu..hihi
yang bestnye ibu pon suke motor tu.. lebih mudah lah urusan kami selepas itu =D


tanggal 7/7/2012 hari Sabtu maka berlakulah urusan jual beli, bayaran dan tukar hak milik kepada diriku..huhu gembiranya hatiku dengan hadiah istimewa ibu itu.

korang nak tengok tak motor baru tu? hehe

ni haa


hehe lawa tak LC sy..ngee =D


terimakasih banyak999 ibu.. sekarang baru amin tahu kenapa ibu nak sangat amin bawa balik motor ke kampung..hehe syg ibu :)

moto ni la yang aku bawa pergi JB jumpa Alia Syuhada seperti mana yang telah aku cerita dalam post sebelum ini :)






penenang hati


بسم الله الرحمن الرحيم




tenangnye hati melihat makhluk tuhan yang comel dan belum ada sedikit dosapun padanya ini :)

pada beberapa hari yang lalu, saya telah berkunjung ke rumah makcik yang teletak di JB. saya tinggal di rumah makcik dalam beberapa hari. aktiviti harian saya di sana sangat bermakna bersama baby.hee.. saya seorang yang sangat sukakan baby. makcik baru lahirkan seorang putri bernama Alia Syuhada. baby yang sangat baik dan comel. selalu sangat senyum dan jarang sekali menangis.hee sangat seronok bermain dengannya.


alia tenguk abg amin ea..


alia wangi baru lepas mandi..


ini Aiman Firdaus.. abg Alia..  Alia wat apa tu tak tengok camera.hee


haa pandainye Aiman bawak moto.. helmet tu besar sangat la..hehe


haa mari la kejar kalau dapat..


cian Alia dah ngantuk..hee but still cute


Alia comel tengah tidur.. comelnye pelok bantal bucuk die..hehe


bangun2 terus hisap susu..



 (maaf, gambar kurang jelas.. Aiman yang snap :D)


nanti abg amin dtg lg len kali ea Alia dan Aiman :)

semoga Aiman dan Alia jadi anak yang soleh dan solehah nanti :)





Thursday, July 12, 2012

bulan2 rahmat



بسم الله الرحمن الرحيم





.إِنّ الّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيّةِ

جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبّهُ

sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. balasan mereka di sisi tuhan mereka adalah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka juga reda terhadap sengala rahmat dan nikmat Allah. yang demikian itulah balasan kepada siapa yang takut kepada tuhannya.
(surah al-Bayyinah_7&8)



bulan Rejab adalah bulan menabur benih,
bulan Sya'ban adalah bulan menyiram tanaman,
dan bulan Ramadan adalah bulan menuai hasil.


Rejab menyucikan badannya,
Sya'ban menyucikan hatinya,
dan Ramadan menyucikan ruhnya.


Rejab bulan keampunan,
Sya'ban bulan syafaat,
dan Ramadan bulan mengadakan kebajikan.


Rejab bulan taubat,
Sya'ban bulan mahabbah,
dan Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah dengan banyaknya.


Rejab digandakan 70 pahala,
Sya'ban digandakan 700 pahala,
Ramadan digandakan 1000 pahala.



Tuesday, July 3, 2012

be patient :)

بسم الله الرحمن الرحيم








إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُواْ بِهَا وَإِن تَصْبِرُواْ وَتَتّقُواْ لاَ يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ
Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.
(ali-imran _ 120) 



wahai mukmin...
walau sebaik manapun kamu pasti ada yang membencimu..
maka bersabarlah kamu bila mana kamu tahu antara mereka ada yang memburukkanmu di belakang mahupun di depan kamu..




Allah telah berfirman dalam al-Quran :


ادْفَعْ بِالّتِي هِيَ أَحْسَنُ السّيِّئَةَ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ
Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan
(al-mukminun _ 96)

lapangkan dada untuk memaafkannya dan terimalah segala sindiran, cacian dan hinaan sebagai satu motivasi untuk memperbaiki lagi kelemahan dan kekurangan diri kamu..

sesungguhnya, kelakuan jahat mereka dapat menambahkan pahala kepada kamu..



وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
(hud _ 115)


sabar ye kawan2... jangan marah2 ^^



Sunday, July 1, 2012

jum refresh iman :)

بسم الله الرحمن الرحيم


وَاذْكُر رّبّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

maksudnya : Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
(al-A'raf _ 205)


berkaitan dengan ayat Quran dari surah al-A'raf ayat 205 di atas, insyaAllah pada entry kali ini saya ingin berkongsi kepada sahabat sekalian tentang 1 nashid yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah. hayatilah liriknya.. moga-moga hati kita lembut untuk menerima hidayah Allah..




terimakasih kepada seseorang yang telah memberikan video ini kepada saya. sesungguhnya kawan yang baik adalah kawan yang dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. saya kongsikan di sini moga dia juga beroleh ganjarannya di sisi Allah. ^^