..

bismillah..

Friday, June 29, 2012

tazkiatun nafs

بسم الله الرحمن الرحيم




ya Allah.. kami hambaMu yang sering melakukan dosa..


berilah kami keampunanMu ya Allah...




رَبّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنّكَ أَنتَ الْوَهّابُ

ya tuhan kami.. janganlah Kau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Kau maha pemberi...



ya Allah.. sungguh kami tidak terlepas dari melakukan dosa kepadaMu..



jangan Kau jadikan keluarga dan zuriat kami seperti kami yang sering membuat kerosakan dan menzalimi diri sendiri..




رَبّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّاتِنَا قُرّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتّقِينَ إِمَامًا

ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa...




amin ya rabbal aalamin..


Thursday, June 28, 2012

miss u..



بسم الله الرحمن الرحيم




alhamdulillah.. berakhir juga minggu peperiksaan akhir bagi USIM students tahun dua. minggu yang penuh dengan cabaran, dugaan dan tekanan. bersyukur kerana kami dapat laluinya dengan tabah dan berjaya.





kini tibalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua siswa dan siswi sejak awal sem lagi. hehe apa lagi kalau bukan cuti semester. cuti semester kali ini mesti lebih menyeronokan walau hanya selama dua bulan tapi kami dapat puasa sebulan penuh di bulan Ramadan dan seterusnya merayakan Aidilfitri di kampung. :D




ramai kawan2 yang telah pulang ke kampung halaman mereka sedang diriku masih tercongok di sini menanti peperiksaan MUET yang bakal menjelang beberapa hari lagi. memangla tidak diriku sorang yang ambil peperiksaan ini di sini. ada beberapa orang lagi kawanku turut ambil di sini tapi mereka semua dah pernah jumpa ibu bapa diorang sama ada masa cuti study week aritu atau ibu bapa dia sendiri datang melawat kat sini. ada juga yang terus balik lepas habis exam sementara menunggu tarikh peperiksaan MUET mereka. sedang aku? huu lamanyeeee tidak pulang ke kampung bertemu keluarga tercinta. sering termiang2 wajah sejuk mereka yang selalu aku sayangi dan rindui itu.




ibu... atok.. nenek.. rindu ...




ayah..... rindu nak makan masakan sedap ayah..huhu




udin dan hisham yang degil tu.. tak sabar nak buli diorang.. tunggu abg amin balik ye





dan satu-satunya adik perempuanku yang comel ni..suke cubit pipi dia..eii


mana gigi hilang satu tu???? hoho




tak sabarnya menunggu detik2 akhir di sini.. nak balik kampung jumpa diorang..huhu










* ya Allah..peliharalah mereka dalam rahmat Mu.. temukan kami dalam keadaan yang baik.. pelihara hubungan sesama kami agar keluarga kami sentiasa bahagia dan aman. amin...






kelebihan zikir


بسم الله الرحمن الرحيم


Rasulullah telah merakamkam kelebihan zikir dalam hadisNya yang mampu menaikkan darjat seorang hamba itu ke peringkat tertinggi .


Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu ke peringkat yang tertinggi, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah."




orang yang berada dalam majlis zikir juga turut mendapat kemulian daripada Allah.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa katanya, Rasulullah SAW bersabda : sesungguhnya Allah taala mempunyai malaikat-malaikat yang bagus akhlaknya, yang berlegar-legar mencari majlis-majlis zikir di muka bumi. apabila mereka mendapati majlis tersebut, setengah mereka memayungi setengah yang lain dengan sayap-sayap mereka hingga ke langit.

Allah berfirman : dari mana kamu datang?

mereka menjawab : kami datang dari sisi hambamu. mereka bertasbih menyucikanMu, bertahmid memujiMu, bertahlil mengesakanMu, mereka memohon dariMu dan meminta perlindungan denganMu.

Allah bertanya lagi : apakah yang mereka mohon? sedang Dia lebih mengetahui keadaan mereka.

malaikat menjawab : mereka memohon dariMu syurga.

Allah bertanya : adakah mereka telah melihatnya?

malaikat menjawab : belum. wahai tuhanku.

Allah berfirman : maka bagaimana sekiranya mereka telah melihat syurga itu? kemudian Dia bertanya : dan daripada apakah yang mereka meminta perlindungan? sedang Dia lebih mengetahui keadaan mereka.

malaikat menjawab : daripada neraka.

Allah bertanya : adakah mereka telah melihat neraka?

malaikat menjawab : tidak.

Allah berfirman : maka bagaimana sekiranya mereka telah melihat neraka itu? kemudian Allah berfirman : saksikanlah bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka dan Aku telah berikan kepada mereka apa yang mereka mohon serta aku telah menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta dijauhkan.

malaikat berkata : wahai tuhan kami, sesungguhnya di samping mereka ada hambaMu yang melakukan kesalahan , dia duduk bersama mereka sedangkan dia bukan dari kalangan mereka.

Allah berfirman : dia juga telah aku ampunkan baginya. mereka itu adalah suatu kaum yang tidak akan celaka bagi sesiapa yang duduk bersama-sama mereka.





hadis panjang yang menceritakan martabat orang yang berzikir kepada Allah taala. fadilatnya turut dirasai oleh orang-orang yang bersama mereka walaupun mereka tidak bersama-sama berzikir kepada Allah.




Wednesday, June 27, 2012

kebahagiaan dunia


بسم الله الرحمن الرحيم


Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati”


ini adalah empat asas kebahagiaan di dunia. apabila ada empat pekara ini insyallh mukmin itu akan bahagia hidupnya (:




1. mempunyai isteri yang solehah menyenangkan hati suaminya.





2. mempunyai tempat tinggal atau rumah yang baik dan selesa.






3. mempunyai kenderaan yang baik dan selesa.







4. mempunyai jiran yang baik.







bagi ahli tasawuf, ketenangan hati adalah punca kepada kebahagiaan hidup. tetapi, tidak mudah bagi seseorang itu mengecapi ketenangan hati. empat cara ini iaitu mendapatkan isteri yang solehah, rumah, kenderaan dan jiran yang baik seharusnya dimulakan dengan mendekatkan diri kepada Allah. barulah ketenangan hati itu datang seiring dengan kebahagiaan hidup. bagaimana ia terjadi? apabila hati telah tenang tentulah akan bahagia. betul tak? tepuk dada tanya hati kita. walau apapun yang kita cari haruslah Allah yang utama. mencari keredaannya adalah kemestian bagi kita. (taubat segala dosa, lakukan suruhanNya, tinggalkan segala laranganNya) agar hati kita dekat dengan Allah (,")

ana bahagia la sekarang  ^_^





wanita ooo wanita


بسم الله الرحمن الرحيم 


sebagai pesanan ringkas kali ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sahabat sekalian (macam ayat dalam khutbah jumaat.hee) tentang aurah muslimah yang sering kali terdedah sama ada kerana tidak tahu, tidak perasan atau sengaja membukanya.


pada perhatian saya, ad dua kawasan anggota yang sering tidak diambil berat oleh kaum wanita atas sebab2 di atas.



yang pertama kawasan lengan menghampiri pergelangan tangan.


lengan muslimah itu wajib ditutup kerana ianya juga adalah aurah.

- tidak sempurna jika memakai tudung tetapi berbaju t-shirt lengan pendek.
- tidak sempurna jika memakai baju kurung atau jubah tetapi terzahir aurahnya apabila mengangkat tangan.
- tidak sempurna jika menutupi hingga ke pegelangan tangan tetapi ketat sehingga menzahirkan bentuk tangan.


bagi muslimah, padankanlah sarung lengan dengan jubah atau baju kurung anda. supaya aurat muslimah itu dapat dipelihara..



yang kedua bahagian kaki.



wahai muslimah, kaki kamu itu aurat.. jadi pakailah stokin apabila anda keluar rumah.. ramai wanita yang tidak mengambil berat tentang aurah kaki mereka. nak bercantik, bercomel itu tidak salah tetapi haruslah agama berada di hadapan dengan menjaga batas2 agama yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.


kalau tak minat yang putih, banyak lg pilihan lain.




ni untuk muslimah yang suke ngimauuu.. he





tidak tertinggalan bagi muslimah yang berada di bawah umur..






yang ini bagi yang mempunyai minat yang mendalam tentang seni..he



wahai wanita.. Allah telah mewajibkan kamu menutup auratmu dengan sempurna dalam al-Quran.


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنّ مِن جَلابِيبِهِنّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رّحِيمًا
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Ahzab_ 59)

" entry ini tidak ada langsung unsur2 sindiran atau ingin menjatuhkan mana2 pihak. hanya sekadar peringatan bersama. moga2 beroleh manfaat (: "



Tuesday, June 26, 2012

doa memohon syafaat Rasulullah


بسم الله الرحمن الرحيم



adakah anda tahu apa itu telaga Kauthar?


kalimah " الكوثر " berasal daripada fe'el " كثر " yang bembawa maksud banyak.
manakala " الكوثر " membawa maksud kebaikan yang sagat banyak.



berdasarkan maksud al-kauthar itu sendiri jelas bahawa telaga ini mempunyai kelebihan tersendiri jauh berbeza dengan telaga2 lain.





telaga Kauthar merupakan telaga syurga yang dianugerahkan kepada rasul junjungan kita nabi Muhammad s.a.w semasa di akhirat nanti.. air daripada telaga ini mampu menghilangkan dahaga si peminum selamanya walau dengan hanya seteguk dari airnya. ini adalah syafaat Rasulullah kepada umatnya semasa di sana kelak. alhamdulillah..beruntunglah kita menjadi umat Baginda :)

namun begitu, menjadi keharusan bagi kita untuk berdoa agar kita tergolong dalam kalangan yang mendapat syafaat Baginda..





doanya berbunyi :




أَللهُمَّ زُقْنَا شَرْبَةً مِنْ يَدِّ النَّبي صلى الله عليه وسلم





* amalkan dalam doa harian kita ye sahabat semua.. selamat beramal :)




ingat ye.. :)


بسم الله الرحمن الرحيم


berkenaan dengan tajuk kat atas tu.. saya nak ingatkan sahabat2 saya supaya mengamalkan tiga pekara yang akan saya kongsikan ini.. amalan yang mampu mengubah hidup sahabat2 semua :)





 pertama : hendaklah kita sentiasa menjaga solat kita.






solat merupakan tiang kepada agama seorang muslim. dengan solatlah kita dibezakan antara muslim dan agama selainnya. solat yang baik adalah perlu ditunaikan dengan kusyuk dan sempurna. berjemaah adalah salah satu kesempurnaan solat.

diriwayatkan : pernah seorang sahabat di zaman Rasulullah melayani tetamu yang datang berkunjung kerumahnya sehingga beliau telewat untuk menunaikan solat di surau secara berjemaah. apabila beliau tiba di surau beliau dapati jemaah telah selesai menunaikan solat fardu isyak. beliau sangat kecawa lalu menunaikan solat fardu isyak seorang diri sebanyak 27 kali. namun solat itu tetap tidak sama dengan solat berjemaah.

*solat seorang diri itu mendapat 1 darjat manakala solat berjemaah itu mendapat 27 darajat. walaupun ditunaikan solat seorang diri itu 27 kali tetap tidak dapat menyamai solat yang dikerjakan secara berjemaah.

janganlah kita meninggalkan solat fardu . kalau terbangun lambat qada' la. kerana terangkat kewajipan seorang muslim itu jika berlaku tiga perkara : tidur sehingga dia bangun, pengsan sehingga dia sedar, gila sehingga berakal.








kedua : tutup aurah dengan sempurna.




menutup aurah adala kewajipan atas setiap muslim yang mukalaf. adapun jika kanak-kanak belum baligh maka biasakanlah dia dengan berpakaian yang menutup aurah agar mudah mendidiknya apabila baligh kelak.






bagi muslimin wajib dia menutup auratnya antara pusat hingga ke lutut tetapi wajib dilebihkan hingga menutupi pusat dan lutut itu sendiri.




bagi muslimat wajib dia menutup seluruh badannya kecuali muka dan pergelangan tapak tangan. ahli fiqh berijtihat bahawa wajah muslimah itu juga boleh menjadi aurat sekiranya wujud fitnah misalnya wanita tersebut terlalu cantik menyebabkan ramai lelaki terpikat dengan keayuan wajahnya maka wajib perempuan tersebut menutupi wajahnya. jika tiada fitnah maka bukanlah wajahnya itu aurah.
pakaian juga hendaklah longgar dan tebal (tidak menzahirkan apa yang ditutup).


untuk mengetahui pakaian yang kita pakai itu sempurna menutupi aurah kita adalah pakaian yang boleh kita pakai terus untuk menunaikan solat tanpa pakaian tambahan.







 ketiga : amalkan solat sunat duha dan tahajud.







dua solat sunat yang mudah dan besar fadilatnya tetapi ramai yang tidak mengendahkannya.
antara fadilah solat duha adalah membuka pintu rezeki kepada orang yang menunaikannya. rezeki yang dimaksudkan di sini bukanlah harta semata mata tetapi rezeki yang berbentuk kesehatan dan juga waktu lapang yang merupakan dua nikmat terbesar daripada Allah.

solat tahajud pula adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam dari selepas solat isyak setelah bangun dari tidur hinggalah masuk waktu subuh. solat yang dianggap sukar bagi yang tidak biasa melakukannya tetapi diaggap mudah bagi siapa yang menjadi amalan harian baginya. dan apabila tertinggal sekali dari melakukannya dia akan berasa sedih dan sangat rugi atas kehilangan peluang mendekatkan diri sedekat dekatnya dengan maha pencipta.

solat malam atau solat sunat tahajud ini mempunyai fadilat yang besar untuk umat islam baik semasa di dunia mahupun di akhirat nanti. fadilat tersebut adalah :


fadilat semasa di dunia :


  • dijauhkan daripada segala penyakit.
  • lahir kesan takwa pada wajahnya.
  • dikasihi oleh sekalian mukmin dan seluruh manusia.
  • percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan barkah)




fadilat semasa di akhirat :


  • dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri.
  • dipermudahkan hisab.
  • melalui titian sirat al-mustaqim sepantas kilat.
  • golongan ashabul yamin iaitu tergolong dalam kalangan manusia yang menyerahkan buku amalan melalui tangan kanan.

semoga pesanan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan dapat diamal dalam seharian kita. selamat beramal :)

Monday, June 25, 2012

azam baru :)


بسم الله الرحمن الرحيم 



assalamualaikum ya aiyuhas soolehun was solihaat.. lama sungguh saya meninggalkan blog ini kosong tanpa tambahan dan perkongsian.. alhamdulillah dalam masa beberapa tahun ini telah banyak perubahan berlaku dalam diri saya dan mudahan perubahan itu baik untuk saya dan orang di sekelililng saya..



tiba-tiba hati ini tergerak untuk menulis semula.. insyaallah dengan azam dan semangat baru ini, saya akan berkongsi kepada sahabat semua tentang cerita-cerita , nasihat-nasihat, sedikit ilmu dari ilmu yang sangat luas milik Allah s.w.t dan entry2 yang mudah mudahan mampu memberi manfaat untuk saya dan sahabat semua..



ulamak al-Habib Umar Benhafidz pernah berkata " sesungguhnya manusia itu akan mati bila2 masa sahaja, adapun tulisan akan kekal selamanya. jadi tulislah sesuatu yang baik yang boleh membuatkan kita bahagia di sana".





apabila terbaca kata2 hikmah daripada ulamak ke38 termasyhur di dunia ini, selalu hati ini disapa dan didorong untuk mula menulis semula.




teringin rasanya menulis sesuatu yang bermanfaat seperti orang lain walaupun ilmu belum penuh di dada. tetapi bagi saya adalah lebih baik saya kongsi ilmu yang sedikit itu daripada ia hilang tanpa diamal dan disampaikan kepada orang lain. sekurang kurangnya ia dapat memberi peringatan yang baik untuk kita semua. insyaallah 




saya mulakan perkongsian saya selepas ini dengan memohon maaf..mungkin dalam perkongsian baru saya selepas ini ada kesilapan atau sesuatu yang bercanggah dengan pemikiran sahabat2.. saya tidak kata semua yang saya cakap betul dan anda mesti terima semua yang saya kongsikan.. ambillah apa yang baik dari saya dan mohon dibetulkan apa yang tesilap.. moga2 kita tergolong dalam golongan mukmin yang saling mengingati dan berpesan pesan kepada kebaikan. insyaallh..