..

bismillah..

Thursday, June 28, 2012

kelebihan zikir


بسم الله الرحمن الرحيم


Rasulullah telah merakamkam kelebihan zikir dalam hadisNya yang mampu menaikkan darjat seorang hamba itu ke peringkat tertinggi .


Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu ke peringkat yang tertinggi, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah."




orang yang berada dalam majlis zikir juga turut mendapat kemulian daripada Allah.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa katanya, Rasulullah SAW bersabda : sesungguhnya Allah taala mempunyai malaikat-malaikat yang bagus akhlaknya, yang berlegar-legar mencari majlis-majlis zikir di muka bumi. apabila mereka mendapati majlis tersebut, setengah mereka memayungi setengah yang lain dengan sayap-sayap mereka hingga ke langit.

Allah berfirman : dari mana kamu datang?

mereka menjawab : kami datang dari sisi hambamu. mereka bertasbih menyucikanMu, bertahmid memujiMu, bertahlil mengesakanMu, mereka memohon dariMu dan meminta perlindungan denganMu.

Allah bertanya lagi : apakah yang mereka mohon? sedang Dia lebih mengetahui keadaan mereka.

malaikat menjawab : mereka memohon dariMu syurga.

Allah bertanya : adakah mereka telah melihatnya?

malaikat menjawab : belum. wahai tuhanku.

Allah berfirman : maka bagaimana sekiranya mereka telah melihat syurga itu? kemudian Dia bertanya : dan daripada apakah yang mereka meminta perlindungan? sedang Dia lebih mengetahui keadaan mereka.

malaikat menjawab : daripada neraka.

Allah bertanya : adakah mereka telah melihat neraka?

malaikat menjawab : tidak.

Allah berfirman : maka bagaimana sekiranya mereka telah melihat neraka itu? kemudian Allah berfirman : saksikanlah bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka dan Aku telah berikan kepada mereka apa yang mereka mohon serta aku telah menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta dijauhkan.

malaikat berkata : wahai tuhan kami, sesungguhnya di samping mereka ada hambaMu yang melakukan kesalahan , dia duduk bersama mereka sedangkan dia bukan dari kalangan mereka.

Allah berfirman : dia juga telah aku ampunkan baginya. mereka itu adalah suatu kaum yang tidak akan celaka bagi sesiapa yang duduk bersama-sama mereka.





hadis panjang yang menceritakan martabat orang yang berzikir kepada Allah taala. fadilatnya turut dirasai oleh orang-orang yang bersama mereka walaupun mereka tidak bersama-sama berzikir kepada Allah.