بسم الله الرحمن الرحيم
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati”
ini adalah empat asas kebahagiaan di dunia. apabila ada empat pekara ini insyallh mukmin itu akan bahagia hidupnya (:
1. mempunyai isteri yang solehah menyenangkan hati suaminya.
bagi ahli tasawuf, ketenangan hati adalah punca kepada kebahagiaan hidup. tetapi, tidak mudah bagi seseorang itu mengecapi ketenangan hati. empat cara ini iaitu mendapatkan isteri yang solehah, rumah, kenderaan dan jiran yang baik seharusnya dimulakan dengan mendekatkan diri kepada Allah. barulah ketenangan hati itu datang seiring dengan kebahagiaan hidup. bagaimana ia terjadi? apabila hati telah tenang tentulah akan bahagia. betul tak? tepuk dada tanya hati kita. walau apapun yang kita cari haruslah Allah yang utama. mencari keredaannya adalah kemestian bagi kita. (taubat segala dosa, lakukan suruhanNya, tinggalkan segala laranganNya) agar hati kita dekat dengan Allah (,")