..

bismillah..

Tuesday, December 31, 2013

happy birthday Ibu ^_^



بسم الله الرحمن الرحيم


Memanjat pokok, memetik jambu,
disimpan tiga, dimakan tiga;
dengarlah ini wahai ibuku,
selamat ulang tahun yang ke 43.

Manis sungguh sebatang tebu,
sedap dimakan berbagi-bagian;
doaku utus buatmu ibu,
moga panjang umur, diberkati tuhan.

Jauh ke kelantan sudahku pergi,
negeri Johor tetap di hati;
senyummu indah bak pelangi pagi,
buat tatapan penyejuk hati.

Banyak sungguh jasamu ibu,
tidak ternilai buat ku anakmu;
video pendek amin buat untuk ibu,
terimalah ini penghargaan daripada anakmu.


terima kasih ibu ^_^

Tuesday, October 29, 2013

Anak sulung TQA04

بسم الله الرحمن الرحيم

Semua insan mempunyai kesukaan atau minat tersendiri terhadap sesuatu sama ada benda, amalan, makanan dll. Ada yang terlalu minat pada gadget spt handphone contohnya. Dalam setahun beberapa kali mereka tukar handphone.(banyak sangat duit kut.hehe) oleh kerana minat sangat, setiap kali keluar a new design mesti nak beli.hehe (macam cerita tentang kawan sendiri jee). Sesungguhnya Allah telah menghiaskan perhiasan dunia dalam hati manusia membuatkan mereka suka terhadapnya. Tidak salah mengambil dunia asalkan tidak melebihi akhirat. (dah lari tajuk dah.huhu)

Okeylah, mula-mula nak terjemah maksud “TQA04” tu.hehe. (mungkin ada yang tidak tahu) TQA04 ni nama group kelas saya. Antara kelas yang ahlinya dari kalangan soleh dan solehah.insyallah.hehe. musliminnya dapat dinisbahkan kepada 1:3 daripada muslimat. Terdiri daripada pelbagai tingkatan umur dari 22-25 tahun yang mana majority berumur 22 tahun (termasuk yang menulis ni.hehe)

(dah tidak sabar nak cerita main point.hoho) Sebelum cuti hari raya haji tempoh hari, kelas kami telah sepakat membuat majlis kelas TQA04 yang telah dirancang (secara tiba-tiba) oleh kami kerana kekangan masa sebagai student final year. Majlis yang simple tapi sangat memberi kesan kenangan yang melekat terus di hati saya/kami kerana kehadiran insan istimewa dalam majlis tersebut. (istimewa kerana dialah yang paling kecil, paling muda, paling comel, paling+++. Senang kata semua jenis “paling”lah.haha) Cer tengok gambar ini.hihi










(click gambar untuk lebih jelas)

 Haaa itulah insan istimewanya. Yang saya pegang tuu.hehe. baby Ulya. Anak sulung salah seorang akak dalam kelas saya. Insan yang suci daripada segala dosa membuatkan semua menyayanginya. Rasa bertuah diberi peluang pegang baby Ulya.hihi. semoga baby Ulya jadi anak yang solehah kelak. Pakcik Amin doakan ni (hoho.dah jadi pakcik). Okeylah. Nak pergi kelas ni. Assalamualaikum ^-^



Monday, October 28, 2013

happy birthday to me :)

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini tanggal 29 Oktober genaplah umurku 22 tahun. Alhamdulillah. sedar tak sedar besar dah aku.hehe terima kasih ya Allah, Kau panjangkan umurku hingga ke hari ini dengan nikmat Islam.

Banyaknya nikmat dan ujian yang telah aku terima selama ini. Ada yang best, ada yang menyedihkan, ada yang membahagiakan. Tapi aku tahu, semua itu sudah ditetapkan oleh maha Pencipta. Biasa lah kan, kalau tidak pernah ditimpa ujian dan masalah, bukanlah kehidupan namanya kan2?

Sebenarnya, ujian dan masalah yang Allah berikan itu adalah bukti Allah sayang pada kita. Kebetulan baru-baru ini, aku telah diuji dengan satu ujian yang membuka mata aku betapa sayangnya Allah kepada hambaNya yang daif dan naif ini.huhu. (betapa Allah inginkan hambaNya dekat denganNya) Rasanya tidak perlu untuk aku cerita details tentang perkara ini. Biarlah ia berlalu dengan meninggalkan pengajaran dan kesedaran buat diriku.

Sudah menjadi kebiasan buat kebanyakan orang, bilamana tiba hari ulang tahun kelahirannya terasa ingin diingati dan dihargai kewujudannya sama ada sebagai seorang ibu, ayah, anak, atau kawan-kawan dengan ucapan atau hadiah.he Siapalah yang tidak suka dihargaikan? (akupun suke) Tetapi bukanlah itu yang aku harapkan sangat sebenarnya. Tak kesahpun kalau diorang tak wish. Diorang tetap kawan2 aku ^_^

Pada tahun-tahun sebelum ini, terasa ramai yang ingat birthday aku sebab ramai yang wish kat FB (perasan sekejap. tak ingatpun sebenarnya. FB tu yg ingatkan diorang.he)

Sejak beberapa hari yang lalu, my FB has deactived. Sebenarnya ada kaitan dengan masalah yang aku mention kat atas tadi sehingga aku terasa malu dan terhina nak guna FB tu lagi.huhu. tapi takpe kut. Sekurangnya masa inilah aku boleh tahu siapa yang betul-betul ingat birthday aku.he kita tunggu sampai tengah malam nanti! (dua, tiga orang je agaknya.huhui) yang pasti Ibu mesti wish ^_^ terima kasih ibu. Minggu depan men balik kampong.hihi

( rumahku di kampung yang menunggu kepulanganku minggu depan.hihi rindu kat rumah )


Sedikit kata-kata penaik semangat dan pengubat hati untuk insan yang semakin tua ini.he

“Saya tidak sempurna, tapi itulah saya. Saya pernah mengambil keputusan yang silap dan membuat pilihan yang salah, tapi itulah saya.

Saya pernah berkata perkara yang salah, dan berkata perkara yang betul, tapi itulah saya. Bukan semua yang pernah dilakukan oleh sendiri disukai saya, tapi saya tetap melakukannya kerana itulah saya.

Saya pernah tersilap memilih kawan dan tersalah mempercayai orang, tapi itulah saya.

Jika saya diberi peluang untuk melakukan semula, saya tetap memilih pengajaran yang sama yang sudah ditentukan Allah, kenapa?? Kerana itulah saya.

Terdapat banyak kebaikan pada saya, anda hanya perlu melihat disebalik ketidak-sempurnaan ini untuk melihat keistimewaan saya. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda yang rugi dan bukannya saya.

Saya telah menjadi saya yang terbaik. Itulah diri saya” ~senyummmmm~




 ( jadi anak yang soleh ye cik Amin)


Saturday, October 26, 2013

istiqomah dalam amalan

بسم الله الرحمن الرحيم

alangkah beruntungnya kita apabila pahala kita tidak turut mati bersama jasat selepas nyawa kita diambil oleh Allah kelak..

telah diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. beberapa amalan yang boleh kita amalkan untuk menjamin pahala yang berterusan walau selepas mati nanti iaitu anak soleh yg mendoakan ibu bapanya, sadakah jariah, dan ilmu yang bermanfaat..

dalam skop yg lebih kecil,  amalan kebaikan yg sentiasa kita amalkan sewaktu hidup kita akan turut dibayar pahala oleh Allah setelah kita mati dan tidak dapat  mengamalkannya lagi..



oleh itu, carilah sekurang-kurangnya satu amalan kebaikan yg boleh kita amalkan dengan istiqomah agar ganjaran pahalanya akan berterusan walau selepas kematian..

amalkan je pape pon kebaikan..

sentiasa solat awal waktu ke..

selalu solat di masjid ke..

selalu pergi majlis ilmu ke..

sentiasa membaca al-quran selepas soboh setiap hari ke..

suka bersedekah ke..

dan banyak lagi..hehe
teruslah istiqomah dalam amalan kamu..moga-moga akan membantu kamu di dalam kubur nanti..

Saturday, March 30, 2013

yang mana satu kamu pilih ?




بسم الله الرحمن الرحيم








dosa itu api, taubat itu air

amalan itu usaha, ikhlas itu bonusnya

pahala itu income_nya

syurga itu ganjarannya

semua orang impikan syurga, tp tidak pula banyakkan pahala

ramai orang takutkan neraka, tp tidak pula fikirkan dosanya


keindahan syurga telah diceritakan oleh Baginda S.A.W dalam hadisNya :

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْجَنَّةِ، كَيْفَ هِيَ؟ فَقَالَ: " مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَحْيَا لَا يَمُوتُ، وَيَنْعَمُ لَا يَبْأَسُ، لَا تَبْلَى ثِيَابُهُ، وَلَا يَفْنَى شَبَابُهُ، قَالَ: قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ بِنَاؤُهَا؟ قَالَ: لَبِنَةٌ مِنْ فِضَّةٍ، وَلَبِنَةٌ مِنْ ذَهَبٍ، مِلَاطُهَا مِسْكٌ أَذْفَرُ وَحَصْبَاؤُهَا اللُّؤْلُؤُ، وَالْيَاقُوتُ، وَتُرَابُهَا الزَّعْفَرَانُ

telah ditanya Rasulullah S.A.W. tentang syurga, bagaimanakah syurga itu wahai Rasulullah? maka telah bersabda Rasulullah S.A.W : barangsiapa yang masuk ke dalam syurga maka hidup tidak akan mati, terus mendapat nikmat tidak akan putus, tidak akan lapuk bajunya, dan tidak akan hilang waktu mudanya, berkata lagi : wahai Rasulullah, bagaimanakah binaannya? Rasulullah bersabda : batanya daripada perak dan ada juga daripada emas, simennya adalah misik, kerikilnya adalah mutiara dan permata, dan tanahnya adalah zaafaran.



AllahuAkbar..begitu indah syurga yang menanti penghuninya.
mari kita jaga amalan kita, banyakkan pahala, kurangkan dosa, ikhlaskan hati, berdoa dan tawakal kpd Allah

semoga kita menjadi antara insan bertuah yang dapat menghuni syurga Allah :)





Wednesday, January 2, 2013

air mata taubat

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah..
tetapkan hati kami 
untuk terus melakukan amalan-amalan soleh
yang boleh mendekatkan hati kami kepadaMu ya Allah..
dan peliharalah kami daripada mengulangi dosa yang kami pernah lakukan..
sesungguhnya
Kau amat suka kepada hambaMu yang bertaubat