Hari ini tanggal 29 Oktober genaplah umurku
22 tahun. Alhamdulillah. sedar tak sedar besar dah aku.hehe terima kasih ya Allah, Kau
panjangkan umurku hingga ke hari ini dengan nikmat Islam.
Banyaknya nikmat dan ujian yang telah aku
terima selama ini. Ada yang best, ada yang menyedihkan, ada yang membahagiakan.
Tapi aku tahu, semua itu sudah ditetapkan oleh maha Pencipta. Biasa lah kan,
kalau tidak pernah ditimpa ujian dan masalah, bukanlah kehidupan namanya kan2?
Sebenarnya, ujian dan masalah yang Allah berikan
itu adalah bukti Allah sayang pada kita. Kebetulan baru-baru ini, aku telah
diuji dengan satu ujian yang membuka mata aku betapa sayangnya Allah kepada
hambaNya yang daif dan naif ini.huhu. (betapa Allah inginkan hambaNya dekat
denganNya) Rasanya tidak perlu untuk aku cerita details tentang perkara ini.
Biarlah ia berlalu dengan meninggalkan pengajaran dan kesedaran buat diriku.
Sudah menjadi kebiasan buat kebanyakan orang,
bilamana tiba hari ulang tahun kelahirannya terasa ingin diingati dan dihargai
kewujudannya sama ada sebagai seorang ibu, ayah, anak, atau kawan-kawan dengan
ucapan atau hadiah.he Siapalah yang tidak suka dihargaikan? (akupun suke)
Tetapi bukanlah itu yang aku harapkan sangat sebenarnya. Tak kesahpun kalau
diorang tak wish. Diorang tetap kawan2 aku ^_^
Pada tahun-tahun sebelum ini, terasa ramai
yang ingat birthday aku sebab ramai yang wish kat FB (perasan sekejap. tak
ingatpun sebenarnya. FB tu yg ingatkan diorang.he)
Sejak beberapa hari yang lalu, my FB has
deactived. Sebenarnya ada kaitan dengan masalah yang aku mention kat atas tadi
sehingga aku terasa malu dan terhina nak guna FB tu lagi.huhu. tapi takpe kut.
Sekurangnya masa inilah aku boleh tahu siapa yang betul-betul ingat birthday
aku.he kita tunggu sampai tengah malam nanti! (dua, tiga orang je
agaknya.huhui) yang pasti Ibu mesti wish ^_^ terima kasih ibu. Minggu depan men
balik kampong.hihi
( rumahku di kampung yang menunggu kepulanganku minggu depan.hihi rindu kat rumah )
Sedikit kata-kata penaik semangat dan
pengubat hati untuk insan yang semakin tua ini.he
“Saya tidak sempurna, tapi itulah saya. Saya pernah
mengambil keputusan yang silap dan membuat pilihan yang salah, tapi itulah
saya.
Saya pernah berkata perkara yang salah, dan
berkata perkara yang betul, tapi itulah saya. Bukan semua yang pernah dilakukan
oleh sendiri disukai saya, tapi saya tetap melakukannya kerana itulah saya.
Saya pernah tersilap memilih kawan dan
tersalah mempercayai orang, tapi itulah saya.
Jika saya diberi peluang untuk melakukan
semula, saya tetap memilih pengajaran yang sama yang sudah ditentukan Allah,
kenapa?? Kerana itulah saya.
Terdapat banyak kebaikan pada saya, anda
hanya perlu melihat disebalik ketidak-sempurnaan ini untuk melihat keistimewaan
saya. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda yang rugi dan bukannya saya.
Saya telah menjadi saya yang terbaik. Itulah
diri saya” ~senyummmmm~
( jadi anak yang soleh ye cik Amin)
No comments:
Post a Comment