..

bismillah..

Tuesday, June 26, 2012

ingat ye.. :)


بسم الله الرحمن الرحيم


berkenaan dengan tajuk kat atas tu.. saya nak ingatkan sahabat2 saya supaya mengamalkan tiga pekara yang akan saya kongsikan ini.. amalan yang mampu mengubah hidup sahabat2 semua :)





 pertama : hendaklah kita sentiasa menjaga solat kita.






solat merupakan tiang kepada agama seorang muslim. dengan solatlah kita dibezakan antara muslim dan agama selainnya. solat yang baik adalah perlu ditunaikan dengan kusyuk dan sempurna. berjemaah adalah salah satu kesempurnaan solat.

diriwayatkan : pernah seorang sahabat di zaman Rasulullah melayani tetamu yang datang berkunjung kerumahnya sehingga beliau telewat untuk menunaikan solat di surau secara berjemaah. apabila beliau tiba di surau beliau dapati jemaah telah selesai menunaikan solat fardu isyak. beliau sangat kecawa lalu menunaikan solat fardu isyak seorang diri sebanyak 27 kali. namun solat itu tetap tidak sama dengan solat berjemaah.

*solat seorang diri itu mendapat 1 darjat manakala solat berjemaah itu mendapat 27 darajat. walaupun ditunaikan solat seorang diri itu 27 kali tetap tidak dapat menyamai solat yang dikerjakan secara berjemaah.

janganlah kita meninggalkan solat fardu . kalau terbangun lambat qada' la. kerana terangkat kewajipan seorang muslim itu jika berlaku tiga perkara : tidur sehingga dia bangun, pengsan sehingga dia sedar, gila sehingga berakal.








kedua : tutup aurah dengan sempurna.




menutup aurah adala kewajipan atas setiap muslim yang mukalaf. adapun jika kanak-kanak belum baligh maka biasakanlah dia dengan berpakaian yang menutup aurah agar mudah mendidiknya apabila baligh kelak.






bagi muslimin wajib dia menutup auratnya antara pusat hingga ke lutut tetapi wajib dilebihkan hingga menutupi pusat dan lutut itu sendiri.




bagi muslimat wajib dia menutup seluruh badannya kecuali muka dan pergelangan tapak tangan. ahli fiqh berijtihat bahawa wajah muslimah itu juga boleh menjadi aurat sekiranya wujud fitnah misalnya wanita tersebut terlalu cantik menyebabkan ramai lelaki terpikat dengan keayuan wajahnya maka wajib perempuan tersebut menutupi wajahnya. jika tiada fitnah maka bukanlah wajahnya itu aurah.
pakaian juga hendaklah longgar dan tebal (tidak menzahirkan apa yang ditutup).


untuk mengetahui pakaian yang kita pakai itu sempurna menutupi aurah kita adalah pakaian yang boleh kita pakai terus untuk menunaikan solat tanpa pakaian tambahan.







 ketiga : amalkan solat sunat duha dan tahajud.







dua solat sunat yang mudah dan besar fadilatnya tetapi ramai yang tidak mengendahkannya.
antara fadilah solat duha adalah membuka pintu rezeki kepada orang yang menunaikannya. rezeki yang dimaksudkan di sini bukanlah harta semata mata tetapi rezeki yang berbentuk kesehatan dan juga waktu lapang yang merupakan dua nikmat terbesar daripada Allah.

solat tahajud pula adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam dari selepas solat isyak setelah bangun dari tidur hinggalah masuk waktu subuh. solat yang dianggap sukar bagi yang tidak biasa melakukannya tetapi diaggap mudah bagi siapa yang menjadi amalan harian baginya. dan apabila tertinggal sekali dari melakukannya dia akan berasa sedih dan sangat rugi atas kehilangan peluang mendekatkan diri sedekat dekatnya dengan maha pencipta.

solat malam atau solat sunat tahajud ini mempunyai fadilat yang besar untuk umat islam baik semasa di dunia mahupun di akhirat nanti. fadilat tersebut adalah :


fadilat semasa di dunia :


  • dijauhkan daripada segala penyakit.
  • lahir kesan takwa pada wajahnya.
  • dikasihi oleh sekalian mukmin dan seluruh manusia.
  • percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan barkah)




fadilat semasa di akhirat :


  • dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri.
  • dipermudahkan hisab.
  • melalui titian sirat al-mustaqim sepantas kilat.
  • golongan ashabul yamin iaitu tergolong dalam kalangan manusia yang menyerahkan buku amalan melalui tangan kanan.

semoga pesanan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan dapat diamal dalam seharian kita. selamat beramal :)