..

bismillah..

Tuesday, July 17, 2012

pemberian istimewa

بسم الله الرحمن الرحيم

semasa hari2 terakhirku di USIM sebelum bermulanya cuti sem, ibuku sebuk memintaku untuk bawa balik motor ke kampung.. aku fikir ibu sengaja tidak mahu motorku ditinggalkan di rumah sewa tanpa jagaan selama 2 bulan cuti. sooo aku bawak jela motor dari Nilai ke kampungku yang terletak di Belahan Tmpok, Rengit bertemankan seorang kawanku.


perjalananku yang jauh menunggang motosikal amat memenatkan. pejalanan mengambil masa selama 5 jam.
kesian kawanku terpaksa menungguku yang menunggang motor honda wave 100. motorku tidak mampu bergerak lebih laju dan terpaksa berhenti rehat beberapa kali untuk menjaga enjennya. selepas penantian dan semangat yang kental untuk berjumpa family akhirnya aku tiba juga di kampung halamanku yang tercinta.


ceritaku tidak berakhir di situ. aku disambut gembira oleh ibu tersayang apabila sampai di rumah lantas menghilangkan penat perjalananku apabila mendapat pelukan erat daripada ibu. ibu telah siap memasakkan aku masakan istimewa. ibu memang memahami perutku yang terlalu rindukan masakannya setelah lama tidak pulang ke kampung.



selang beberapa hari, ibu mengajak ku menemaninya ke Batu Pahat kerana urusan tertentu. aku mendengar nasihat-nasihat ibu semasa di dalam kereta sehingga terkeluar dari mulut ibu satu kata-kata yang membuatku tiba-tiba tercengang. huhu nak tau ibu cakap apa? nantila dulu =p


balik dari Batu Pahat, kami singgah di kedai motor. hehe mesti korang dah dapat agak kan apa ibu cakap tadi? iyee betulla tu agakan korang. ibu nak belikan moto baru kat aku. huhu Alhamdulillah. baiknya hati ibu.
tapi kami tak beli motor di situ. tak ada motor yang aku minat kat kedai tu.hee (memilih la pulakkn)



keesokan harinya, kami pergi ke benut untuk tujuan yang sama. nasib menyebelahi aku. walau motor yang aku cari tiada tetapi aku terpandang motor yang lebih menarik perhatianku..hoho
aku bersetuju untuk memiliki motor tuu..hihi
yang bestnye ibu pon suke motor tu.. lebih mudah lah urusan kami selepas itu =D


tanggal 7/7/2012 hari Sabtu maka berlakulah urusan jual beli, bayaran dan tukar hak milik kepada diriku..huhu gembiranya hatiku dengan hadiah istimewa ibu itu.

korang nak tengok tak motor baru tu? hehe

ni haa


hehe lawa tak LC sy..ngee =D


terimakasih banyak999 ibu.. sekarang baru amin tahu kenapa ibu nak sangat amin bawa balik motor ke kampung..hehe syg ibu :)

moto ni la yang aku bawa pergi JB jumpa Alia Syuhada seperti mana yang telah aku cerita dalam post sebelum ini :)






No comments: