بسم الله الرحمن الرحيم
Semua insan mempunyai kesukaan atau minat
tersendiri terhadap sesuatu sama ada benda, amalan, makanan dll. Ada yang
terlalu minat pada gadget spt handphone contohnya. Dalam setahun beberapa kali
mereka tukar handphone.(banyak sangat duit kut.hehe) oleh kerana minat sangat,
setiap kali keluar a new design mesti nak beli.hehe (macam cerita tentang kawan
sendiri jee). Sesungguhnya Allah telah menghiaskan perhiasan dunia dalam hati
manusia membuatkan mereka suka terhadapnya. Tidak salah mengambil dunia asalkan
tidak melebihi akhirat. (dah lari tajuk dah.huhu)
Okeylah, mula-mula nak terjemah maksud “TQA04”
tu.hehe. (mungkin ada yang tidak tahu) TQA04 ni nama group kelas saya. Antara kelas
yang ahlinya dari kalangan soleh dan solehah.insyallah.hehe. musliminnya dapat
dinisbahkan kepada 1:3 daripada muslimat. Terdiri daripada pelbagai tingkatan
umur dari 22-25 tahun yang mana majority berumur 22 tahun (termasuk yang
menulis ni.hehe)
(dah tidak sabar nak cerita main point.hoho) Sebelum
cuti hari raya haji tempoh hari, kelas kami telah sepakat membuat majlis kelas
TQA04 yang telah dirancang (secara tiba-tiba) oleh kami kerana kekangan masa
sebagai student final year. Majlis yang simple tapi sangat memberi kesan
kenangan yang melekat terus di hati saya/kami kerana kehadiran insan istimewa
dalam majlis tersebut. (istimewa kerana dialah yang paling kecil, paling muda,
paling comel, paling+++. Senang kata semua jenis “paling”lah.haha) Cer tengok
gambar ini.hihi
(click gambar untuk lebih jelas)